KELAB KEBAJIKAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI PINTAR

Susulan daripada peningkatan angka jangkitan wabak COVID19 yang sangat membimbangkan, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021 yang lalu. 

Akibat daripada keputusan itu, sangat ramai saudara saudari kita yang terkesan. Mereka hilang punca pendapatan, tiada tempat bergantung, perniagaan gulung tikar dan macam-macam lagi masalah. 

Mereka buntu apabila pelbagai usaha untuk memperbaiki kehidupan serba tidak menjadi. Akhirnya angkat ‘bendera putih’ kerana terdesak dan terhimpit. Lebih malang lagi, mereka kekurangan akses kepada perkhidmatan bantuan. 

Oleh yang demikian, KOMPIN mengambil inisiatif melaksanakan PROGRAM PRIHATIN bagi mengumpul dana supaya ia dapat diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang terkesan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini. 

Bantuan akan diagih dalam bentuk BEKALAN MAKANAN ASAS yang kami sasarkan bernilai RM50.00 per bakul untuk satu keluarga. 

Justeru, kepada para sekalian kami memohon supaya anda dapat menyokong Program ini dengan memberi sumbangan seikhlas hati anda dan menyebar luaskan tentang program ini supaya lebih ramai saudara serta saudari kita dapat dibantu. 

Kepada saudara saudari yang memerlukan sumbangan, jangan malu jangan segan, isikan maklumat anda pada borang di pautan di bawah. Kami akan cuba sebaiknya untuk membantu meringankan beban anda diwaktu sukar ini.

Komuniti

#Kompincommunity

Aktiviti yang mengumpulkan dan mengagihkan Dana Sumbangan kepada komuniti yang telah  dikenal pasti memerlukan  bantuan asas  akibat kemiskinan, ditimpa kemalangan, bencana dan musibah bagi menampung keperluan komuniti yang serba kekurangan

#Kompincare

RM1,650 of RM20,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM20.00

Sumbangan Ikhlas

#Kompindonate

Sumbangan anda melalui KOMPIN akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, dan penguasaan serta kemahiran diri dalam  bidang  teknologi maklumat, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, pengangkutan  yang semakin canggih.

RM3,479 of RM30,000 raised
RM
Personal Info

Donation Total: RM20.00