Projek Ramadhan (Anak Yatim)

RM70 of RM2,500 raised

SUMBANGAN TAJAAN BUKA PUASA BUAT PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM PKAYDEM

Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, kita pasti teruja dan gembira. Menjalani ibadah puasa bersama ibu ayah dan ahli keluarga yang tercinta. Makan sahur bersama, berbuka dan berterawih bersama.

Lain pula kisahnya dengan penghuni Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dahrul Ehsan Malaysia (PKAYDEM).

Saban tahun menyambut Ramadhan tanpa ibu ayah dan keluarga di sisi. Rakan-rakan senasiblah keluarga bagi mereka dan tenaga pengajar dah dianggap sebagai ibu dan bapa.

Walau keperitan ditanggung, senyuman tetap terukir di bibir mereka. Hidup perlu diteruskan.

KOMPIN ingin mengajak anda untuk menyumbang bagi memenuhi keperluan anak-anak mulia ini Berbuka Puasa sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

Melalui Projek Ramadhan KOMPIN, kami menyediakan 250 lot sumbangan di mana setiap lot tersebut berjumlah RM10.00. Sumbangan lebih dari RM10 sangat dialu-alukan.

BANTU KAMI VIRALKAN!! KOMPIN menghargai kemurahan hati tuan puan. Bersama kita kongsikan agar komuniti di luar sana mendapat pendedahan tentang aktiviti KOMPIN seterusnya dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan. Klik mana-mana butang media sosial di bawah:
RM
Personal Info

Donation Total: RM10.00